PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIPLOMA 2013




Pengambilan pelajar baru dibuka sekarang sehingga 30 Mei 2013, pelajar yang berminat dengan syarat minimum 3 kredit SPM, lancar mengaji dan boleh tulis Jawi. Ujian Penilaian akan dibuat pada 18 MEI 2013 (Sabtu) Jam 9am di Wisma Hafiz, Klang. Sila bawa 2 keping gambar, sijil-sijil peperiksaan/ ko-kurikulum yang disahkan, RM 100 (bayaran ujian). Ibu-Bapa juga diwajibkan hadir bagi mendengar taklimat mengenai sistem pendidikan, pinjaman pembiayaan, hala tuju pelajar.

Manakala hari pendaftaran adalah pada 15 JUN 2013 (Sabtu) Jam 9am.

Kemudahan

-Sedang dikemaskini-

Pengiktirafan



Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Kolej Hafiz didaftarkan dan diiktiraf oleh :-
* Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ( IPTS/1399/95 ) (B4P0013)-Pendaftaran/ Kelulusan
* Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)- pengiktirafan
* Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/FA 2143) -Akreditasi Penuh
* Universiti Islam Madinah - Muadalah
* Universiti Al-Azhar Mesir - Muadalah


Lepasan Kolej Hafiz boleh menyambung 
1. Universiti Islam Madinah, Saudi (5 Fakulti- Syariah, Al-Quran, Hadith, Usuluddin, Bahasa Arab)
2. Universiti Al-Azhar,Mesir. (Takhasus Qiraat- 3 tahun)
3. Ijazah Sarjana Muda di IPTA/ IPTS Malaysia
4. Menjawat jawatan samada dalam badan kerajaan (perkhidmatan awam) atau swasta
  
Salinan pengiktirafan boleh dimuat turun di:   
http://pengiktirafan.jpa.gov.my/   
http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyiptskolej.cfm 


Syarat Kemasukan

KELAYAKAN MASUK PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL- QURAN DAN QIRAAT (MQA/FA 2143)


(A) Kemasukan Pertama
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 Tahun ke atas.
- Memilih Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu
dan Lulus Bahasa Inggeris.

Atau kelulusan yang setaraf dengan SPM yang diiktiraf

* Mengikuti ujian kelayakan program seperti berikut
a. Ujian Syafawi Hafazan Al-Quran 60%
b. Ujian Tahriri Tajwid 15%
c. Ujian Tahriri Bahasa Arab 15%
d. Ujian Sikap 5%
e. Rekod ko-kurikulum dan ekstra kurikulum 5%

(B) Kemasukan Kedua
Kelayakan yang setaraf dengan SPM.

* Pelajar-pelajar yang layak akan mendapat pinjaman PTPTN ( BK2 )

Hala Tuju Pelajar


Lepasan Kolej Hafiz boleh menyambung 
1. Universiti Islam Madinah, Saudi (5 Fakulti- Syariah, Al-Quran, Hadith, Usuluddin, Bahasa Arab)
2. Universiti Al-Azhar,Mesir. (Takhasus Qiraat- 3 tahun)
3. Ijazah Sarjana Muda di IPTA/ IPTS Malaysia
4. Menjawat jawatan samada dalam badan kerajaan (perkhidmatan awam) atau swasta